cukup untuk membuatkan orang ketawa dan biasanya suasana di sesuatu tempat akan menjadi riuh-rendah apabila terdapat Nuaiman di sini. Semua orang mengenalinya termasuk Nabi sendiri, lebih lagi beliau pernah ikut di peperangan Badr sebagai Mujahid Mukminin. Nabi s.a.w. sering melihat kelucuannya dan kadangkala beliau dibawa ke hadapan baginda kerana perbuatan dan tingkah-lakunya...
Pada suatu ketika terdapat seekor unta yang gemuk ditambat di depan masjid .Ia kepunyaan seorang yang datang dari desa yang jauh menemui Rasulullah untuk mengetahui soal keadaan dari baginda. Dan seperti kebiasaannya memang terdapat ramai mereka yang suka berkumpul di luar masjid....Apabila Nuaiman berlalu di situ mereka bertanya kepadanya, "Wahai Nuaiman, dapatkah engkau menyembelih unta yang gemuk ini ? Nanti Rasulullah akan mengantikannya ,"demikian mereka yang ramai itu memujuk Nuaiman....
Dengan segala kelucuannya, maka unta itu disembelih oleh Nuaiman dan dagingnya dibahagi-bahagikan kepada orang yang ramai itu .Mereka kemudian memanggang dan memakan daging unta yang gemuk dengan penuh kelazatannya~...
Akhirnya, tuan punya unta itu keluar dari masjid setelah selesai urusan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Alangkah terkejutnya beliau apabila dilihat untanya yang gemuk itu telah hilang..Rupanya telah disembelih , dan orang ramai kini masih lagi meratah daging untanya...Maka berteriaklah hamba Allah itu dengan sekuat hatinya sehingga mengejutkan Nabi s.a.w. yang berada di dalam masjid...Lalu,
Nabi s.a.w. segera keluar dan bertanyakan apakah yang telah terjadi...??
Maka diberitahu oranglah bahawa unta tersebut disembelih oleh Nuaiman dan dagingnya mereka makan bersama-sama ...Ketika itu Nuaiman sudah menghilangkan diri kerana mengetahui kesalahan yang telah dilakukannya...Nabi pun memerintahkan sekalian yang ada supaya bersama mencari Nuaiman...
Nuaiman telah bersembunyi di dalam lubang yang terlindung dengan pohon kurma di dalam kebun Dhuba'ah binti Zaber ,iaitu ahli keluarga Nabi s.a.w. Dengan bantuan Dhuba'ah , Nuaiman ditemui di tempat persembunyian & kerana dilihatnya Rasulullah sendiri yang datang maka beliau tidak melarikan diri....
"Nuaiman ,kenapa kamu sembelih unta itu?"bertanya Nabi s.a.w. kepadanya...
"Orang yang ramai di luar masjid itu yang menyuruhnya, ya Rasulullah,"jawab Nuaiman...
mendengar jawapannya, Nabi sendiri ketawa sambil menyapu debu tanah yg melekat pada muka Nuaiman. Nuaiman dibawa keluar , dan Nabi s.a.w. akhirnya menggantikan kerugian Arab itu...
Begitulah Nuaiman sebagai insan yg dilahirkan sedemikian keahliannya ,yang tidak berhenti dari melucu...namun, Nabi s.a.w. menerima apa yg dihadapinya dengan lapang hati...
Pada suatu ketika yg lain pula , Nuaiman ini membuat gara-garanya lagi , dan kali ini mengenai makanan...Beliau sedang bersiar-siar dan dilihatnya suatu makanan yg kelihatan lazat lalu beliau mengambil makanan itu sambil berjanji membelinya & makanan itu segera dibawa kepada Nabi s.a.w. agar baginda merasakan lazatnya...
Sewaktu Nabi s.a.w. menerima hadiah makanan itu, maka si penjualnya pun datang menagih bayaran dari Nuaiman..
" Bukankah makanan ini sudah engkau hadiahkan ??" tanya Nabi s.a.w.
"Ya, benar..Aku melihat makanan itu enak & aku inginkan kau memakannya ,lalu aku beli,tetapi tidak mempunyai wang untuk membayarnya," jawab Nuaiman...
Nabi s.a.w. menjadi lucu melihat perbuatan Nuaiman itu lalu baginda membayarnya ...Sahabat2 yg ada turut ketawa~..Begitulah Nuaiman dlm berbagai tingkah lakunya & Nabi s.a.w. memperlihatkan sikap yang manis dan penuh kasih sayang ....
Nabi s.a.w. mengetahui bahawa Nuaiman ini seorang yang cinta kepada Allah dan Rasul_Nya .Hanya sikap lucunya itu merupakan kekayaan peribadinya sehingga ada ketikanya beliau membuat lucu terhadap Nabi s.a.w. .Sebagai manusia biasa Nabi s.a.w. jadi tersenyum / tertawa & menerima perbuatannya secara lapang hati...Bagaimana pun, Nuaiman ini termasuk abthal iaitu pahlawan zaman Nabi s.a.w. ,walaupun kerjanya membuat orang ramai jadi senang hati..Namun ada juga orang mencela dirinya kerana sikp Nuaiman itu, tetapi apabila didengar oleh baginda, maka baginda melarang kutukan itu kerana beliau tetap seorang yg mencintai Allah dan Rasul .
Kehadiran Nuaiman dalam masyarakat yang berbagai rupa & kehidupan itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati mereka dan Nabi s.a.w. menganggapnya sebagai manusia biasa yg sememangnya dilahirkan Allah ke dunia untuk itu..Dan kepada Nuaiman sajalah yg diperlakukan Nabi s.a.w. sedemikian...
Alangkah indahnya jika dapat melihat gelak tawa Nabi Muhammad s.a.w. ~^_^~
BalasPadamya..btul tu qina....klw aq dpt mimpi yg baginda tersenyum,bersyukur tul aq....aq rasa aq la org yang paling bertuah....=)
BalasPadameya...best ny kwl dpt mimpi Baginda...SUBHANALLAH
BalasPadam