Assalamualaikum dan hai...
Kali ni 'tembekqene' nak kongsi soalan-soalan pepereksaan dan temuduga bagi Latihan Jururawat (dari lembaga SPA8)
Untuk makluman yang saya ketahui...temuduga bagi jururawat ni, akan ada sesi peperiksaan...sebelum temuduga dijalankan...
Antara soalan-soalan yang diberikan adalah :
1.apakah minat anda
2.bidang / pekerjaan anda
3.kebolehan anda dan lain-lain...
semua soalan yang diberikan adalah berbentuk objektif. Anda diminta untuk memilih jawapan 'ya' atau 'tidak'
dalam bentuk 'A B C D'...dengan skop solalan sebanyak 227 soalan dalam masa 1 jam . Soalan yang diberikan adalah berkaitan diri anda ...( jika anda masih ingat di zaman persekolahan, guru kaunseling/ penceramah motivasi ada memberikan soalan dalam kertas untuk menilai diri anda...selalunya untuk mengetahui subjek yang sesuai yang patut kita ambil atau bidang pekerjaan yang sesuai dengan diri kita )
contohnya >> kebolehan anda :
~ melukis (ya) , (tidak)
~ mekanikal (ya) , (tidak)
~ artis (ya) , (tidak)
kemudian bulatkan pada kertas objektif yang diberikan...(saranan bawa sekali pensel , pemadam dan pen)
Selepas sesi peperiksaan...anda akan di temubual ...jika anda bernasib baik berjumpa penemubual yang baik dan ramah berkemungkinan soalan yang diberikan adalah mudah iaitu anda akan diminta untuk memperkenalkan diri / mempromosikan diri anda ...sebab anda minat bidang ni dan bukti anda minat bidang ini . Tetapi terdapat juga penemubual yang mengajukan soalan yang berkaitan tugas jururawat atau penyakit-penyakit yang anda ketahui....Bagi soalan kesihatan yang saya ketahui adalah ,
i- apakah jenis2 suntikan yang diberikan (suntikan Rubela , GCB , Campak dan lain-lain)
ii- tentang kitaran haid (bilangan hari kitaran haid)
iii-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan