Ajaran Islam menekankan konsep cinta dan kasih sayang tanpa menentukan pada hari-hari tertentu, bahkan sentiasa dituntut supaya mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Cinta kepada Allah ,Rasul , ibubapa dan seumpamanya perlu dipraktikkan dalam kehidupan bukan sekadar bagi pasangan yang sedang dilanda cinta sahaja. Cinta seharusnya menjadikan seseorang itu hebat dan bukannya lemah !
Kehebatan cinta dapat dibina antaranya menerusi :
WE Love Allah s.w.t ~cinta terhadap Allah mengatasi segala-galanya. Tidak ada ruginya mencintai Allah SWT kerana kita sudah pasti akan dicintai dan mendapat ganjaran pahala di sisi-Nya. Mencintai Allah menjadikan seseorang itu sentiasa mengingati ALLAH dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang (amar ma'ruf nahi mungkar).
Sebagai seorang remaja yang masih dialam persekolahan pembersihan jiwa sebegini akan memudahkan daya ingatan untuk mengingati pelajaran terutamanaya yang melibatkan hafalan al-Quran, hadis dan sebagainya. Secara langsung melahirkan pelajar yang hebat dari segi sudut akhlak, pelajaran dan sebagainya dengan berpaksikan kecintaan terhadap Allah SWT.
We Love Rasulullah s.a.w ~ Jadikan cinta kepada Rasulullah saw sebagai uswah hasanah dalam kehidupan kita. Rasulullah merupakan contoh ikutan terbaik dalam seluruh aspek kehidupan. Sepanjang kehidupannya, Rasulullah merupakan anak, suami, bapa dan datuk yang cemerlang. Mencintai Rasulullah SAW menjadikan seseorang itu hebat dalam segenap kehidupan terutamanya dari segi keunggulan akhlak. Ini dinyatakan dengan jelas menerusi firman Allah SWT yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik ) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa susah dan senang)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan