Di kalangan kaum wanita di zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita dari golongan Ansar bernama Asma' bt Yazid. Beliau seorang wanita biasa , tetapi mempunyai keberanian dan usaha serta menjadi terkenal kerana pembelaannya terhadap kaum wanita .Beliau disegani dan dihormati oleh bangsanya malahan Nabi s.a.w. dan para sahabat menghormatinya....
Pada suatu masa Asma' datang menemui Rasulullah ketika Nabi sedang berkumpul dengan para sahabat . Di depan Nabi beliau memulakan icara dengan penuh hormat menerangkan maksud nya menemui Baginda....
"Aku ini adalah utusan dari kaum wanita," kata Asma'dengan hormat memulai perbicaraannya...
Beliau pun berbicara menerangkan penanggunggan petra wanita. Wanita seakan-akan tertarik dan terkongkong dalam hidupnya di dalam Islam :menjaga rumah dan menderita menanggung hamil, para lelaki kelihatan mempunyai darjat tinggi seakan-akan dilebihkan dari wanita..Mereka pergi solat Juma'at , berjema'ah , menjenguk orang sakit dan menghantar mayat ke kubur...Begitu juga dengan naik Haji dan sesudah Haji....
Dan yang lebih utama kelebihan para lelaki ialah berperang di jalan Allah..
Bila lelaki pergi untuk naik Haji dan berjihad, maka para wanita akan ditinggalkan untuk menjaga harta, menjahit pakaian ,dan mendidik anak-anak...
Semua perkara itu dibentangkan dengan panjang lebar oleh Asma' dan membayangkan kesedihan hati para wanita...
Lelaki diberikan kelapangan beramal an mereka akan mendapat pahala lebih banyak di sisi Allah kerana kesempatan yang banyak bagi mereka berbuat demikian.
"Apakah, kami tidak boleh menyertai kaum lelaki dalam pahala dan kebaikan ?" kata Asma' mengakhiri perkataannya...
Setelah selesai perbicaraan Asma' itu, baginda kelihatan terharu sambil memandang kepada para sahabat..Memang pada kelihatnnya wanita dibezakan pahala ari lelaki..
"Adakah pernah kamu mendengar tentang wanita yang lebih baik halnya di dalam urusan agamanya ari wanita ini? "Nabi bertanya kepada sahabat-sahabat baginda...
Nabi memandang ke arah Asma'..
" Tidak kami duga bahawa seseorang wanita diberi hidayah Allah sebegini, " jawab sahabat...
"Wanita Asma', utusan wanita ," berkata Nabi..
Engkau berilah faham kepada wanita -wanita itu .Berlaku baik kepada suami , hidup suka-menyukai, turut-memperturutkan, semua itu adalah menyamai pahala para lelaki yang engkau katakan." Demikian Nabi menerangkan ajaran Islam kepada Asma'..
Asma' mendengar dengan tenang..
Setelah difahami keterangan Nabi itu,maka Asma' segera meninggalkan tempat itu. Beliau amat bersyukur & memuji Allah atas kurniaan_Nya..
Asma' kembali menemui kumpulan wanita yang sudah sedia menunggu & ingin mengetahui apa-apa pembicaraannya dengan Nabi s.a.w. Maka Asma' pun menceritakan keterangan Nbi dan Para wanita Islam itu mendengar dan menerima dengan gembira...Belgitu luasnya ajaran Islam untuk kaum wanita yang beriman kepada Allah...
Usaha & keberanian Asma' mendapat sanjungan para wanitra Arab dan beliau diberi gelaran "Rasulun nisa" =utusan istimewa wanita Arab kepada Nabi. Beliau memimpin wanita -wanita dan beliau akan mendatangani Nabi s.a.w. Nabi menghormati wanita ini dan setiap utusannya baginda terima dengan baik dan pembicaraan Asma' baginda dengarkan...Kemudia Nabi akan memberikan petunjuk dan nasihat-nasihat yang baik...
Asma' seorang yang pintar , berani menemui Rasulullah bagi mencari kebenaran..Dengan usahanya ramailah para wanita masuk Islam...Beliau diberi penghormatan sebagai "Utusan Istimewa Wanita"....
Wanita yg unggul !!
BalasPadam