Etika ketika minum telah siajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Antara hadis yang menyebut etika minum Rasulullah s.a.w. ialah :
Dari Ibn Abbas r.a., dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman" ke dalam bekas air minuman"(Riwayat al-Tirmizi)
Daripada Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata :"Ketika Rasulullah s.a.w. minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali. Dan baginda bersabda, maksudnya: 'Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.' Anas mengatakan : 'Oleh sebab itu , ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.'"(Riwayat al-Bukhari danMuslim)
Daripada hadis-hadis di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita satu prinsip yang sangat penting ketika minum ,iaitu tidak bernafas ketika minum, atau dalam kata muda tidak bernafas di dalam bekas minuman..Ini merupakan satu ajaran yang mengandungi nilai etika yang begitu tinggi.
Apabila dikaji dengan teliti ,adab minun yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan cara yang terbaik bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Para ulama berkata: " Larangan bernafas di dalam bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan dan minuman (yang panas agar cepat sejuk). Hal ini dikhuatiri kerana air liur yang
menitis masuk ke dalam minuman atau makanan tersebut membuatkan orang yang ingin menggunakan bekas yang sama menjadi jijik dan kotor."
Manakala Imam al-Qurtubi ada menjelaskan:"Maksud larangan di dalam bekas minuman itu ialah
supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma tidak sedap yang akan melekat/menempel pada bekas air tersebut."
Nafas yang dihembus mengandungigas karbon dioksida yang tinggi dan juga berbakteria/virus-virus daripada rongga hidung dan kerongkong seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu sedang menghidap selesema dan demam influenza .Kuman-kuman tersebut boleh membiak dengan cepat di dalam bekas minuman yang berisi air tersebut dan menyebabkan air itu tidak tahan lama . Jiak diminum, ia boleh menyebankan air itu tidak tahan lama. Jika diminum, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga sakit perut...
Minum sambil bernafas iaitu menyedut dan menghembus udara menyebabkan sakur air dan udara bercampur dan boleh menyebabkan seseorang tersedak dan air memasuki paru-parunya. Hal ini boleh menyebabkan sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru..
Selain tedak bernafas semasa minum, masih terdapat banyak lagi etika yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika minum seperti basmalah , minum menggunakan tangan kanan dan juga minum dalam keadaan duduk...
::c/p dr.farhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan