MENU BAR

Rabu, 26 September 2012

The ONE Love

Ajaran Islam menekankan konsep cinta dan kasih sayang tanpa menentukan pada hari-hari tertentu,   bahkan sentiasa dituntut supaya mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Cinta kepada Allah ,Rasul , ibubapa dan seumpamanya perlu dipraktikkan dalam kehidupan bukan sekadar bagi pasangan yang sedang dilanda cinta sahaja. Cinta seharusnya menjadikan seseorang itu hebat dan bukannya lemah !
Kehebatan cinta dapat dibina antaranya menerusi :

WE Love Allah s.w.t ~cinta terhadap Allah mengatasi segala-galanya. Tidak ada ruginya mencintai Allah SWT kerana kita sudah pasti akan dicintai dan mendapat ganjaran pahala di sisi-Nya. Mencintai Allah menjadikan seseorang itu sentiasa mengingati ALLAH dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang (amar ma'ruf nahi mungkar).
Sebagai seorang remaja yang masih dialam persekolahan pembersihan jiwa sebegini akan memudahkan daya ingatan untuk mengingati pelajaran terutamanaya yang melibatkan hafalan al-Quran, hadis dan sebagainya. Secara langsung melahirkan pelajar yang hebat dari segi sudut akhlak, pelajaran dan sebagainya dengan berpaksikan kecintaan terhadap Allah SWT.

We Love Rasulullah s.a.w ~ Jadikan cinta kepada Rasulullah saw sebagai uswah hasanah dalam kehidupan kita. Rasulullah merupakan contoh ikutan terbaik dalam seluruh aspek kehidupan. Sepanjang kehidupannya, Rasulullah merupakan anak, suami, bapa dan datuk yang cemerlang. Mencintai Rasulullah SAW menjadikan seseorang itu hebat dalam segenap kehidupan terutamanya dari segi keunggulan akhlak. Ini dinyatakan dengan jelas menerusi firman Allah SWT yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik ) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa susah dan senang)."


Ahad, 23 September 2012

Soalan Jururawat (spa8)

   Assalamualaikum dan hai...
Kali ni 'tembekqene' nak kongsi soalan-soalan pepereksaan dan temuduga bagi Latihan Jururawat (dari lembaga SPA8)

Untuk makluman yang saya ketahui...temuduga bagi jururawat ni, akan ada sesi peperiksaan...sebelum temuduga dijalankan...
Antara soalan-soalan yang diberikan adalah :
1.apakah minat anda
2.bidang / pekerjaan anda
3.kebolehan anda dan lain-lain...
semua soalan yang diberikan adalah berbentuk objektif. Anda diminta untuk memilih jawapan 'ya' atau 'tidak'
dalam bentuk 'A B C D'...dengan skop solalan sebanyak 227 soalan dalam masa 1 jam . Soalan yang diberikan adalah berkaitan diri anda ...( jika anda masih ingat di zaman persekolahan, guru kaunseling/ penceramah motivasi ada memberikan soalan dalam kertas untuk menilai diri anda...selalunya untuk mengetahui subjek yang sesuai yang patut kita ambil atau bidang pekerjaan yang sesuai dengan diri kita )
contohnya >> kebolehan anda :
                 ~ melukis                    (ya) , (tidak)
                 ~ mekanikal                (ya) , (tidak)
                 ~ artis                         (ya) , (tidak)
kemudian bulatkan pada kertas objektif yang diberikan...(saranan bawa sekali pensel , pemadam dan pen)

Selepas sesi peperiksaan...anda akan di temubual ...jika anda bernasib baik berjumpa penemubual  yang baik dan ramah berkemungkinan soalan yang diberikan adalah mudah iaitu anda akan diminta untuk memperkenalkan diri / mempromosikan diri anda ...sebab anda minat bidang ni dan bukti anda minat bidang ini . Tetapi terdapat juga penemubual yang mengajukan soalan yang berkaitan tugas jururawat atau penyakit-penyakit yang anda ketahui....Bagi soalan kesihatan yang saya ketahui adalah ,
i- apakah jenis2 suntikan yang diberikan (suntikan Rubela , GCB , Campak dan lain-lain)
ii- tentang kitaran haid (bilangan hari kitaran haid)
iii-



Temuduga !


  Assalamualaikum...and hai...

Alkisahnya saya telah ditawarkan temuduga untuk Latihan Jururawat (spa8)...
hehehe...gembira sangat dapat tawaran ni...dan bersyukur sangat...(alhamdulillah) 
kerana dari ramai-ramai orang yang memohon saya terpilih salah seorang daripadanya untuk hadiri temuduga ni...   
 but at the some time i'm was so nervous (err geramG)~huhu

~untuk pengetahuan anda dalam temuduga ni akan ada sesi peperiksaan sebelum temuduga dijalankan....soalan-soalan peperiksaan yang dikemukakan adalah berdasarkan pengetahuan am kita tentang dunia zaman sekarang terutamanya Malaysia....
(so terpaksalah study betul2 pasal negara kita ni...n ambil tahu banyak tentang isu2 semasa...mana la tahu kot2 ada soalan cam tu...hehehe, dan terutama sekali tentang bidang Jururawat ...)exactly semua ni saya cari kat internet..

   Saya berharap sanagat dapat hadiri temuduga ni dengan baik dan dapat jawab exam yang mereka berikan....ni adalah peluang terbaik  untuk  saya mendapat perkerjaan yang insya-allah menjamin masa depan  dan dapat membantu ayahnda & bondah...

"Saya nak mohon doa daripada keluarga, rakan2 dan anda...agar, saya dapat hadiri temuduga ni dengan baik dan dapat jawap peperiksaan Jururawat ni..."amin
walaupun belum mendapat pekerjaan ini dan sekadar temuduga sahaja tetapi saya ingin buat yan terbaik...(dapat atau tidak itu tidak penting yang penting adalah semangat kerana semua itu adalah ketentuan Allah untuk membahagi-bahagikan rezekinya )huhu

   Saya juga nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya dan sesiapa yang dapat temuduga ni semoga u all buat yang terbaik ...And kepada yang telah jalani temuduga ni semoga terpilih menjawat jawatan nii..atau jika ada yang tidak terpilih ,tidak mengapa~ kerana hari ni mugkin bukan rezeki kita ...Tetapi ingatlah bukan Allah tidak sayangkan kita tetapi Allah ingin memberi sedikit dugaan kepada kita dan akan memberi rezeki yang lebih daripada itu...so redah dan bersabar,mohon kepada Allah agar dilimpahi rezeki..amin

# tq krn membaca "sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri..oleh itu mohon maaf jika ada salah dan silap saya dalam merapuh diatas tadi...huhu"

Sabtu, 22 September 2012

Cara buat Cursor Blog Bergerak


Assalamualaikum, and hai...saya nak kongsi kepada anda cara -cara membuat title blog kita bergerak seperti yang ada kat blog saya nii...semoga bermanfaat dan cuba la ~


Cara-cara:

1. Login ke Blogspot.
2.Klik Dashboard >> Design >> Add Gadget >> Html/Javascript 
3.Copy kod dibawah ni...paste kat Html/Javascript ...

_______________________________________________________________________________

<style type="text/css">
/* Circle Text Styles */
#outerCircleText {
font-style: normal;
font-weight: normal;
font-family: 'impact';
color: #FFccFF;
position: absolute;top: 0;left: 0;z-index: 3000;cursor: default;}
#outerCircleText div {position: relative;}
#outerCircleText div div {position: absolute;top: 0;left: 0;text-align: center;}
</style>
<script type="text/javascript">
;(function(){
var msg = "TemBekQene disini";
var size = 24;
var circleY = 0.75; var circleX = 2;
var letter_spacing = 5;
var diameter = 10;
var rotation = 0.4;
var speed = 0.2;
if (!window.addEventListener && !window.attachEvent || !document.createElement) return;
msg = msg.split('');
var n = msg.length - 1, a = Math.round(size * diameter * 0.208333), currStep = 20,
ymouse = a * circleY + 20, xmouse = a * circleX + 20, y = [], x = [], Y = [], X = [],
o = document.createElement('div'), oi = document.createElement('div'),
b = document.compatMode && document.compatMode != "BackCompat"? document.documentElement : document.body,

mouse = function(e){
e = e || window.event;
ymouse = !isNaN(e.pageY)? e.pageY : e.clientY; // y-position
xmouse = !isNaN(e.pageX)? e.pageX : e.clientX; // x-position
},
makecircle = function(){ // rotation/positioning
if(init.nopy){
o.style.top = (b || document.body).scrollTop + 'px';
o.style.left = (b || document.body).scrollLeft + 'px';
};
currStep -= rotation;
for (var d, i = n; i > -1; --i){ // makes the circle
d = document.getElementById('iemsg' + i).style;
d.top = Math.round(y[i] + a * Math.sin((currStep + i) / letter_spacing) * circleY - 15) + 'px';
d.left = Math.round(x[i] + a * Math.cos((currStep + i) / letter_spacing) * circleX) + 'px';
};
},
drag = function(){ // makes the resistance
y[0] = Y[0] += (ymouse - Y[0]) * speed;
x[0] = X[0] += (xmouse - 20 - X[0]) * speed;
for (var i = n; i > 0; --i){
y[i] = Y[i] += (y[i-1] - Y[i]) * speed;
x[i] = X[i] += (x[i-1] - X[i]) * speed;
};
makecircle();
},
init = function(){ // appends message divs, & sets initial values for positioning arrays
if(!isNaN(window.pageYOffset)){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
} else init.nopy = true;
for (var d, i = n; i > -1; --i){
d = document.createElement('div'); d.id = 'iemsg' + i;
d.style.height = d.style.width = a + 'px';
d.appendChild(document.createTextNode(msg[i]));
oi.appendChild(d); y[i] = x[i] = Y[i] = X[i] = 0;
};
o.appendChild(oi); document.body.appendChild(o);
setInterval(drag, 25);
},
ascroll = function(){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
window.removeEventListener('scroll', ascroll, false);
};
o.id = 'outerCircleText'; o.style.fontSize = size + 'px';
if (window.addEventListener){
window.addEventListener('load', init, false);
document.addEventListener('mouseover', mouse, false);
document.addEventListener('mousemove', mouse, false);
if (/Apple/.test(navigator.vendor))
window.addEventListener('scroll', ascroll, false);
}
else if (window.attachEvent){
window.attachEvent('onload', init);
document.attachEvent('onmousemove', mouse);
};
})();
</script>
________________________________________________________________________________

4. font-family: 'impact' - ini adalah jenis tulisan anda, boleh tukar dengan jenis tulisan yang anda suka.Cara mudah pilih jenis tulisan dalah (microsoft office word) dalam komputer anda..

5. color: #FFccFF - ini adalah warna bagi tulisan anda, boleh tukar dengan warna yang anda suka,pilih kod warna di bawah.

6.tukar "Tembekqene disini" dengan ayat anda sendiri...
7.Lepas tu save and view..

Maaf kalau ada yang silap atau  tak berhasil...try again~hehe

Kod warna ::




Jumaat, 21 September 2012

Kajian Laut Merah TERBELAH, Benar !

Laut Merah menyimpan kisah tentang pengikut Nabi Musa a.s. dan Bani Israel yang diburu penguasa Mesir bernama Firaun. Laut tersebut membelah dan menengelamkan Firaun bersama-sama pasukannya..Mereka inilah nenek moyang Bani Israel,yang di masa Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah masuk dalam kelompok bangsa Yahudi. Kini, keturunan mereka pun hidup di sebuah negara bernama Israel...

Secara geografi , Laut Merah merupakan perairan teluk yang berhubung langsung dengan Laut Arab di sisi selatan. Negara-negara yang memiliki wilayah perairan di sepanjang Laut Merah, antara lainnya Arab Saudi , Mesir, Sudan, Eritrea, dan Ethiopia, atau yang biasa disebut negara-negara Maghribi. Sedangkan di sisi utara terdapat terusan bernama Suez yang menghubungkan Laut Merah dan Laut Mediteranian ...yang ada pada masa kini...
 
Lebar lautan yang menjadi sempadan wilayah benua Asia dn Afrika ini di lokasikan terjauh mencapai jarak 300km. Manakala, panjang satu sisi persisiran Laut Merah mencapai sekitar 1,900km. Sementara kedalaman lautnya di tempat yang tedalam mencapai 2,500 meter.

   "Dan (ingatlah) ketika Kami belah laut untuk kamu.Lalu kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan pengikut-penikut Firaun sedang kamu sendiri menyaksikan."(QS. Al-Baqarah: 50)

Kisah Nabi Musa a.s. membelah Laut Merah tersebut diperkirakan terjadi sekitar 3,500 tahun lalu. Sejarah ini diperkuat dengan, apabila dijumpai bangkai kereta kuda dan telang belulang manusia di laut Merah yang diduga merupakan pasukan dan pengawal Firaun..

Penelitian Ilmiah :
Berdasarkan penelitian ilmiah, tempat penyebaran Nabi Musa a.s. diperkirakan berada di wilayah Nuwaiba di sisi timur Laut Merah hingga Semenanjung Arab di sisi barat sekitar 1800 m. Lebar lintasan saat Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah adalah 900m sahaja..
   Berdasarkan data tersebut, boleh dibayangkan berapa besar kuasa yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900m dengan jarak 1800m . Apalagi, waktu terbelahnya Laut Merah cukup lama kerana Bani Israel yang menyertai Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah dianggarkan mencapai 600,000 orang..

  ::bersambung~

Minum pun Ada Caranya~

Minum air merupakan satu amalan yang penting untuk badan kita.Dalam satu hari kita minum air sebanyak 8 hingga 15 kali sehari, bergantung pada keperluan badan kita.
  Etika ketika minum telah siajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Antara hadis yang menyebut etika minum Rasulullah s.a.w. ialah :

Dari Ibn Abbas r.a., dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman" ke dalam bekas air minuman"(Riwayat al-Tirmizi)

Daripada Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata :"Ketika Rasulullah s.a.w. minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali. Dan baginda bersabda, maksudnya: 'Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.' Anas mengatakan : 'Oleh sebab itu , ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.'"(Riwayat al-Bukhari danMuslim)

Daripada hadis-hadis di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita satu prinsip yang sangat penting ketika minum ,iaitu tidak bernafas ketika minum, atau dalam kata muda tidak bernafas di dalam bekas minuman..Ini merupakan satu ajaran yang mengandungi nilai etika yang begitu tinggi.
Apabila dikaji dengan teliti ,adab minun yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan cara yang terbaik bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita.

   Para ulama berkata: " Larangan bernafas di dalam bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan dan minuman (yang panas agar cepat sejuk). Hal ini dikhuatiri kerana air liur yang  
menitis  masuk ke dalam minuman atau makanan tersebut membuatkan orang yang ingin menggunakan bekas yang sama menjadi jijik dan kotor."

    Manakala Imam al-Qurtubi ada menjelaskan:"Maksud larangan di dalam bekas minuman itu ialah
supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma tidak sedap yang akan melekat/menempel pada bekas air tersebut."

   Nafas yang dihembus mengandungigas karbon dioksida yang tinggi dan juga berbakteria/virus-virus daripada rongga hidung dan kerongkong seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu sedang menghidap selesema dan demam influenza .Kuman-kuman tersebut boleh membiak dengan cepat di dalam bekas minuman yang berisi air tersebut dan menyebabkan air itu tidak tahan lama . Jiak diminum, ia boleh menyebankan air itu tidak tahan lama. Jika diminum, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga sakit perut...

    Minum sambil bernafas iaitu menyedut dan menghembus udara menyebabkan sakur air dan udara bercampur dan boleh menyebabkan seseorang tersedak dan air memasuki paru-parunya. Hal ini boleh menyebabkan sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru..
Selain tedak bernafas semasa minum, masih terdapat banyak lagi etika yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika minum seperti basmalah , minum menggunakan tangan kanan dan juga minum dalam keadaan duduk...

Sama-sama lah kita mengamalkan sunnah ini untuk mendapatkan keberkatan daripada setiap titik air yang masuk ke dalam badan kita...WALLAHUAKLAM










::c/p dr.farhan

Khamis, 20 September 2012

iNsYa Allah aDa HiKmaHnyA ~

cerita pendek :Alkisahnay,bermula~...


           Ada seorang pemuda yang sedang menjaga kambing-kambing peliharaannya dengan menunggang kuda kesayangannya...Ke sana ~, ke mari ~ ,dia bergerak dengan kudanya..
Suatu hari ,tiba-tiba kuda kesayangannya hilang dari kangdangnya..puas dicarinya merata-rata tenpat tetapi tidak dijumpai....kemudian pemuda itu mengadu kepada ayahnya, 
"Ayah, kuda kesayangan saya hilang ".
Jawab ayah dengan tenang "Tidak mengapa ,insya-Allah ada hikmahnya,"

~"apakah hikmahnya"~bisik si pemuda didalam hati...separuh percaya dan separuh tidak...

         Selang beberapa hari, tanpa disangka-sangka kudanya itu pulang tanpa cacat cela...sihat..
Bukan itu sahaja, malah kuda itu membawa beberapa ekor kuda liar bersama-samanya..
"Ayah, kita sungguh bernasib baik. Sekarang kita suda ada beberapa ekor kuda . Kuda kita bertambah..." Si ayah tetap tenang seperti biasa .Dengan suara yang perlahan dia berkata, "Belum tentu kita bernasib baik anakku..Tetapi yang pasti semua ini insya-Allah ada hikmahnya.."

      Si pemuda terus tertanya-tanya akan sikap ayahnya...Mengapa dia tidak begitu gembira ketika bilangan kudanya bertambah ? Setiap hari lelaki itu asyik dengan kuda-kuda barunya..Kesumunya sedang diusahakan untuk dijinakkan..Ketika sedang melatih salah seekor daripadanya ,pemuda itu terjatuh dan patah kakinya....
         
       Ketika terbaring beberapa hari di rumahnya, lelaki itu berkata kepada ayahnya, "Malang sungguh nasib saya ayah .Apalah gunanya kuda-kuda yang banyak apabila kaki saya sekrang ini patah.." Sebaliknya ayah lelaki itu tetap berkata, "Tak mengapa anakku..Jangan bersedih. Apa yang menimpa dirimu insya-Allah pasti ada hikmahnya..". " Apa hikmahnya ayah ? Sekarang saya tak boleh berjalan lagi. Kuda-kuda kita akan terbiar tanpa penjagaan dan tanpa diberi makanan..."

        Beberapa hari kemudian ,kampung mereka diserang oleh para penjahat yang menceroboh sempadan negara..Selain merompak harta benda penduduk, mereka turut menangkap semua lelaki muda untuk dilatih menjadi ahli kumpulan mereka...Semua lelaki muda di kampungitu diikat dan diheret kecuali seorang.......
Ya, lelaki yang patah kaki itu. Dia tidak dibawa bersama kerana dia tidak upayah berjalan......

~"Ayah, kini saya sedar, apa yang tersirat di sebalik kata-kata ayah. Semua yang berlaku memang ada hikmahnya.."~


moral value : Hidup adalah silih ganti antara nikmat dan musibah..Apa yang penting hati kita mesti selalu berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan sedikit pun kesungguhan kita untuk mentadbir..Pujuklah hati kita dengan selalu berbisiknya, insya-Allah apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya...


::c/p



           

Cukilan sajak Ibunda Nabi Muhammad s.a.w.


  ~ Wahai Anakku Muhammad ! ~

 Allah melimpahkan berkat
 pada engkau,
 wahai anakku dari Ibu,
 yang sedang menghadapi maut.                 

 Engkau,
 diutus Allah kepada manusia
 dalam lingkungan Halal dan Haram .
 Engkau dibangkitkan Allah
 membantu tauhid dan Iman
 agama nenek engkau Ibrahim..

 Allah melarang engkau
 tidak boleh mendekati berhala,
 jangan bersama golongan itu ...

                                             


                                  ~        ( Cukilan sajak Aminah binti Wahab,
                                               Ibunda Nabi Muhammad s.a.w.
                                               sewaktu akan wafat meninggalkan
                                               Muhammad yang berusia
                                               6 tahun dan sedang
                                               bermain-main  disampingnya...      )     ~

Rabu, 19 September 2012

Percakapan Istimewa Dengan Utusan Wanita

     Di kalangan kaum wanita di zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita dari golongan Ansar bernama Asma' bt Yazid. Beliau seorang wanita biasa , tetapi mempunyai keberanian dan usaha serta menjadi terkenal kerana pembelaannya terhadap kaum wanita .Beliau disegani dan dihormati oleh bangsanya malahan Nabi s.a.w.  dan para sahabat menghormatinya....
   
     Pada suatu masa Asma' datang menemui Rasulullah ketika Nabi sedang berkumpul dengan para sahabat . Di depan Nabi beliau memulakan icara dengan penuh hormat menerangkan maksud nya menemui Baginda....
    "Aku ini adalah utusan dari kaum wanita," kata Asma'dengan hormat memulai perbicaraannya...

     Beliau pun berbicara menerangkan penanggunggan petra wanita. Wanita seakan-akan tertarik dan terkongkong dalam hidupnya di dalam Islam :menjaga rumah dan menderita menanggung hamil, para lelaki kelihatan  mempunyai darjat tinggi seakan-akan dilebihkan dari wanita..Mereka pergi solat Juma'at , berjema'ah , menjenguk orang sakit dan menghantar mayat ke kubur...Begitu juga dengan naik Haji dan sesudah Haji....
Dan yang lebih utama kelebihan para lelaki ialah berperang di jalan Allah..
Bila lelaki pergi untuk naik Haji dan berjihad, maka para wanita akan ditinggalkan untuk menjaga harta, menjahit pakaian ,dan mendidik anak-anak...

    Semua perkara itu dibentangkan dengan panjang lebar oleh Asma' dan membayangkan  kesedihan hati para wanita...
Lelaki diberikan kelapangan beramal an mereka akan mendapat pahala lebih banyak di sisi Allah kerana kesempatan yang banyak bagi mereka berbuat demikian.

    "Apakah, kami tidak boleh menyertai kaum lelaki dalam pahala dan kebaikan ?" kata Asma' mengakhiri perkataannya...

 Setelah selesai perbicaraan Asma' itu, baginda kelihatan terharu sambil memandang kepada para sahabat..Memang pada kelihatnnya wanita dibezakan pahala ari lelaki..

      "Adakah pernah kamu mendengar tentang wanita yang lebih baik halnya di dalam urusan agamanya ari wanita ini? "Nabi bertanya kepada sahabat-sahabat baginda...

Nabi memandang ke arah Asma'..

 " Tidak kami duga bahawa seseorang wanita diberi hidayah Allah sebegini, " jawab sahabat...

"Wanita Asma', utusan wanita ," berkata Nabi..

Engkau berilah faham kepada wanita -wanita itu .Berlaku baik kepada suami , hidup suka-menyukai, turut-memperturutkan, semua itu adalah menyamai pahala para lelaki yang engkau katakan." Demikian Nabi menerangkan ajaran Islam kepada Asma'..

Asma' mendengar dengan tenang..

Setelah difahami keterangan Nabi itu,maka Asma' segera meninggalkan tempat itu. Beliau amat bersyukur & memuji Allah atas kurniaan_Nya..

    Asma' kembali menemui kumpulan wanita yang sudah sedia menunggu & ingin mengetahui apa-apa pembicaraannya dengan Nabi s.a.w. Maka Asma' pun menceritakan keterangan Nbi dan Para wanita Islam itu mendengar dan menerima dengan gembira...Belgitu luasnya ajaran Islam untuk kaum wanita yang beriman kepada Allah...

     Usaha & keberanian Asma' mendapat sanjungan para wanitra Arab dan beliau diberi gelaran "Rasulun nisa" =utusan istimewa wanita Arab kepada Nabi. Beliau memimpin wanita -wanita dan beliau akan mendatangani Nabi s.a.w. Nabi menghormati wanita ini dan setiap utusannya baginda terima dengan baik dan pembicaraan Asma' baginda dengarkan...Kemudia Nabi akan memberikan petunjuk dan nasihat-nasihat yang baik...

   Asma' seorang yang pintar , berani menemui Rasulullah bagi mencari kebenaran..Dengan usahanya ramailah para wanita masuk Islam...Beliau diberi penghormatan sebagai "Utusan Istimewa Wanita"....

Selasa, 18 September 2012

Pelawak Di Zaman Nabi S.A.W.

       Di zaman Nabi s.a.w. ada seorang pelawak yang bernama 'Nuaiman Al Ansary'. Gerak-gerinya
cukup untuk membuatkan orang ketawa dan biasanya suasana di sesuatu tempat akan menjadi riuh-rendah apabila terdapat Nuaiman di sini. Semua orang mengenalinya termasuk Nabi sendiri, lebih lagi beliau pernah ikut di peperangan Badr sebagai Mujahid Mukminin. Nabi s.a.w. sering melihat kelucuannya dan kadangkala beliau dibawa ke hadapan baginda kerana perbuatan dan tingkah-lakunya...

     Pada suatu ketika terdapat seekor unta yang gemuk ditambat di depan masjid .Ia kepunyaan seorang yang datang dari desa yang jauh menemui Rasulullah untuk mengetahui soal keadaan dari baginda. Dan seperti kebiasaannya memang terdapat ramai mereka yang suka berkumpul di luar masjid....Apabila Nuaiman berlalu di situ mereka bertanya kepadanya, "Wahai Nuaiman, dapatkah engkau menyembelih unta yang gemuk ini ? Nanti Rasulullah akan mengantikannya ,"demikian mereka yang ramai itu memujuk Nuaiman....

Dengan segala kelucuannya, maka unta itu disembelih oleh Nuaiman dan dagingnya dibahagi-bahagikan kepada orang yang ramai itu .Mereka kemudian memanggang dan memakan daging unta yang gemuk dengan penuh kelazatannya~...

      Akhirnya, tuan punya unta itu keluar dari masjid setelah selesai urusan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Alangkah terkejutnya beliau apabila dilihat untanya yang gemuk itu telah hilang..Rupanya telah disembelih , dan orang ramai kini masih lagi meratah daging untanya...Maka berteriaklah hamba Allah itu dengan sekuat hatinya sehingga mengejutkan Nabi s.a.w. yang berada di dalam masjid...Lalu,
Nabi s.a.w. segera keluar dan bertanyakan apakah yang telah terjadi...??

   Maka diberitahu oranglah bahawa unta tersebut disembelih oleh Nuaiman dan dagingnya mereka makan bersama-sama ...Ketika itu Nuaiman sudah menghilangkan diri kerana mengetahui kesalahan yang telah dilakukannya...Nabi pun memerintahkan sekalian yang ada supaya bersama mencari Nuaiman...

     Nuaiman telah bersembunyi di dalam lubang yang terlindung dengan pohon kurma di dalam kebun Dhuba'ah binti Zaber ,iaitu ahli keluarga Nabi s.a.w. Dengan bantuan Dhuba'ah , Nuaiman ditemui di tempat persembunyian & kerana dilihatnya Rasulullah sendiri yang datang maka beliau tidak melarikan diri....
      "Nuaiman ,kenapa kamu sembelih unta itu?"bertanya Nabi s.a.w. kepadanya...
             "Orang yang ramai di luar masjid itu yang menyuruhnya, ya Rasulullah,"jawab Nuaiman...
mendengar jawapannya, Nabi sendiri ketawa sambil menyapu debu tanah yg melekat pada muka Nuaiman. Nuaiman dibawa keluar , dan Nabi s.a.w. akhirnya menggantikan kerugian Arab itu...

Begitulah Nuaiman sebagai insan yg dilahirkan sedemikian keahliannya ,yang tidak berhenti dari melucu...namun, Nabi s.a.w. menerima apa yg dihadapinya dengan lapang hati...
 
      Pada suatu ketika yg lain pula , Nuaiman ini membuat gara-garanya lagi , dan kali ini mengenai makanan...Beliau sedang bersiar-siar dan dilihatnya suatu makanan yg kelihatan lazat lalu beliau mengambil makanan itu sambil berjanji membelinya & makanan itu segera dibawa kepada Nabi s.a.w. agar baginda merasakan lazatnya...
Sewaktu Nabi s.a.w. menerima hadiah makanan itu, maka si penjualnya pun datang menagih bayaran dari Nuaiman..
   " Bukankah makanan ini sudah engkau hadiahkan ??" tanya Nabi s.a.w.
"Ya, benar..Aku melihat makanan itu enak & aku inginkan kau memakannya ,lalu aku beli,tetapi tidak mempunyai wang untuk membayarnya," jawab Nuaiman...
Nabi s.a.w. menjadi lucu melihat perbuatan Nuaiman itu lalu baginda membayarnya ...Sahabat2 yg ada turut ketawa~..Begitulah Nuaiman dlm berbagai tingkah lakunya & Nabi s.a.w. memperlihatkan sikap yang manis  dan penuh kasih sayang ....
   
      Nabi s.a.w. mengetahui bahawa Nuaiman ini seorang yang cinta kepada Allah dan Rasul_Nya .Hanya sikap lucunya itu merupakan kekayaan peribadinya sehingga ada ketikanya beliau membuat lucu terhadap Nabi s.a.w. .Sebagai manusia biasa Nabi s.a.w. jadi tersenyum / tertawa & menerima perbuatannya secara lapang hati...Bagaimana pun, Nuaiman ini termasuk abthal iaitu pahlawan zaman Nabi s.a.w. ,walaupun kerjanya membuat orang ramai jadi senang hati..Namun ada juga orang mencela dirinya  kerana sikp Nuaiman itu, tetapi apabila didengar oleh baginda, maka baginda melarang kutukan itu kerana beliau tetap seorang yg mencintai Allah dan Rasul .

    Kehadiran Nuaiman dalam masyarakat yang berbagai rupa & kehidupan itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati mereka  dan Nabi s.a.w. menganggapnya sebagai  manusia biasa  yg sememangnya dilahirkan Allah ke dunia untuk itu..Dan kepada Nuaiman sajalah yg diperlakukan Nabi s.a.w. sedemikian...
 
   

Ahad, 16 September 2012

Istilah Sahabat??


Ramai diantara kita yang masih tidak mengetahui atau tidak dapat menggunakan sesuatu perkataan dengan istilah yang sebenar..
Oleh itu, ini adalah antara istilah-istilah yang sering digunakan bagi panggilan untuk rakan...
antaranya :

1. Kawan = kawan adalah seseorang yang berada bersama-sama pergaulan sehari-hari.
2.Teman = adalah seseorang yang bersama-sama melakukan sesuatu,perbualan dan bermain.
3.Sahabat = Teman dan kenalan Pengikut Nabi s.a.w.
4.Taulan = adalah kawan,teman,sahabat,rakan,dan handai...
5.Rakan = seseorang yang berada dalam sama persatuan,sepermainan atau sekerja.
                                                                                                                     :: (rujuk kamus dewan)
Mungkin seseorang itu mempunyai ramai kawan, tetapi antara kawan-kawan teresebut siapa yang menjadi sahabat ?? Sahabat itu mungkin lebih rapat hubungannya dan kawan pula lebih umum dalam sebuah perhubungan...
Dengan ini kita dapat ketahui yang mana satukah sebenarnya sahabat ,rakan ,atau teman sebenar kita....
_______________________________________________________________________________
Tambahan bagi istilah yang digunakan dalam bahasa Arab :

Rafiq adalah teman yang lemah lembut. Situasi , seorang teman yang dalam dirinya ada sifat lemah lembut dalam persahabatan...

Khalil adalah sahabat setia dan pemberi nasihat . Situasi , sahabat yang selalu ada untuk memberi nasihat dan setia bersama-sama dengan sahabatnya yang lain...

Sadiq adlah sahabat yang benar dan disayangi.Situasi, sahabat yang sentiasa membenarkan sahabat lainnya dan turut menegur kesalahannya...

Sahib adalah pemilik bagi sesuatu...Situasi , tuan punya bagi sesuatu.Namun ,istilah sahabi(jamak : sahabat) digunakan untuk mereka yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

Zamir adalah bermaksud kawan ..situasi,kawan biasa yang bersama-sama di sekolah , tempat kerja atau tempat umum...
  
Ini adalah istilah yang sering digunakan dalam Bahasa Arab...(sesunguhnyayangbaikitudatangnyadariAllahdanyangburukitudatangnyadaridirisayasendiri)
:: c/p






Sabtu, 15 September 2012

Benarkah Alam Maya Berbentuk Terompet Sangkakala




Sejak enam tahun dahulu, sekelompok ilmuhan yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm,Jermen melakukan observasi terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini kerana terdapat pernaytaan yang umum bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga menyatakan alam ini berbentuk datar sahaja...

Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama " Wilkinson Microwave Anisotropy Prob"(WMAP), mereka dapat kesimpulan yang sangat mengejutkan kerana menurut hasil penelitian tersebut alam semesta ini ternyata berbentuk seperti terompet..

Di mana pada bahagian hujung belakang terompet (baca alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh dilihat ( unobservable), manakala bahagian depan pula ,iaitu bumi dan seluruh sistem solar merupakan alam semesta yang masih boleh dilihat (observable) (lihat gambar bentuk alam semesta diatas).

Bentuk Alam Semesta :

Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin ada hadits panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat,yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk dihayati..

Abu Hurairah Radhiallah 'Anhu berkata : Rasulullah bersabda : "Ketika Allah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala (terompet) dan diserahkan kepada malaikat Isrofil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan".
Saya bertanya : "Ya Rasullulah apakah sangkakala itu?"
Jawab Rasulullah : "Bagaikan tanduk dari cahaya."
Saya tanya : Bagaimana besarnya?"
Jawab Rasulullah :"Sangat besar bulatannya,demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi ,besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup sebanyak tiga kali .
Pertama : Nafkhatul faza' (untuk menakutkan).
Kedua : Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan ).
Ketiga :Nafkhatul ba'ats( untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Dalam hadits di atas disebutkan bahawa sangkakala atau terompet malaikat Isrofil itu berbentuk seperti tanduk dan dibuat daripada cahaya. Ukuran bulatannya seluas langit dan bumi . Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada terompet orang-orang zaman dahulu yang dibuat daripada tanduk.

Kalimat seluas langit dan bumi ,dapat difahamkan sebagai ukuran yang meliputi seluruh wilayah langit (sebagai lambang alam tak nyata / ghoib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata/syahadah).
Atau dengan kata lain , bulatan terompet malaikat Isrofil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib.

Jika kesahihan hadits di atas dapat dibuktiakan dan data diperoleh dari WMAP tepat dan boleh dipertanggungjawabkan .Maka dapat dipastikan bahawa kita " Bak rama-rama yang hidup di tengah-tengah gunung berapi paling aktif yang bersedia untuk meletus bila-bila sahaja..

Dan Allah telah mengambarkan kedahsyatan terompet malaikat Isrofil itu dalam al Qur'an.

Ayyatum Minal Qur'an

"Dan pada hari ketika terompet di tiup, maka terkejutlah semua yang di langit dan semua yang di bumi kecuali mereka ynga di kehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri "(QS An Naml : 87)

Jika makhluk langit boleh terkejut ,apalagi makhluk bumi yang jauh lebih lemah dan kecil..Pada sambungan hadits di atas ada sedikat pernyataan tentang bentuk keterkejutan dan ketakutan makhuk bumi kelak.

"Pada saat tergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya , anak-anak jadi beruban dan setan-setan berlarian ."

Ada sebuah Persoalan yang menggelitik, jika saiz terompet ini suda sebesar itu, bagaimana pula dengan peniupnya dan bagaimana pula dengan Sang Pencipta_Nya ? Maha Besar Engkau Ya Allah, Allahu Akhbar!

::c/p


Air mata Perempuan


Untuk pengetahuan anda,
Perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki...
Ini kerana ,
mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada
kelenjar-kelenjar air mata lelaki....

Air mata yang mengalir, akibat tekanan perasaan dari segi bentuk dan fugsinya adalah berbeza...
Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampuran dengan perasaan....
Dengan demikian ia lebih penting daripada protien ! ^-^~

Kebaikan menangis, dapat MERINGANKAN kadar tekanan jiwa ..ini sangat berguna untuk kesihatan
lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang di sebut sebagai penyakit 'tekanan jiwa'...

:: kesimpulannya, air mata sangat berguna kepada manusia..Maha Kuasa Allah yang mencipta air mata ini..
  subhanallah~




Rabu, 12 September 2012

PersaHabatan kita ~

Ingatkah kawan 
Kita pernah duduk bersama
Melukis langit dengan impian
Tentang aku , kamu dan kehidupan......

Sahabat ...
di saat kita nikmati kebersamaan banyak perkara yang telah kita lalui begitu saja
keceriaan, gurawan dan tawa semuanya mengalir begitu saja 
waktu yang tersisah seolah tak mampu menampung nya dan
waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..

Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala
kegembiraan serta tawa dan gurauan mu satu persatu hilang sekelip mata
ada beribu senyum saat terlintas memori yang dulu kala 

Sahabat ..
semua yang pernah kita jalani hari demi hari ,
waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.

Banyak hal yg pernah terjadi kerana itulah jalan hidup yang kita miliki
kadang benci, kesal ,dan kecewa serta rasa senang dan sayang sungguh luar biasa ,
apa yang telah kita lalui bersama ..

Ya Tuhan ...
jagalah dan lindungilah sahabat-sahabat ku
kerana mereka adalah sahabat terbaiku selamanya 

c/p:mypren.