MENU BAR

Sabtu, 20 Oktober 2012

Gempa Bumi BERLAKU SETIAP HARI



Tanpa anda sedar bahawa setiap hari kita mengalami gempa bumi !!
Mengikut United States Geological Survey (USGS), pada setiap hari berlaku lebih kurang
1000 Gegaran Kecil atau satu kali dalam setiap 87 saat ..Gegaran ini mungkin tidak dapat dirasai
kerana gelombang yang dihasilkan adalah sangat kecil...

Untuk pengetahuan anda Gempa Bumi berlaku akibat daripada pelepasan tenaga dari dalam bumi secara tiba-tiba..(Pelepasan tenaga berlaku adalah disebabkan berlaku pergerakan plat-plat tektonik (lihat video dibawah) . Plat tektonik yang bergerak akan melepaskan tenaga 'yang tersimpan' secara tiba-tiba, kemudian menggegarkan lapisan kerak bumi. Gegaran ini menghasilkan gelombang seismik,yang berbentuk bulatan bermula dari epicenter pusat gempa kemudian membesar ke semua arah. Gelombang ini akan berkurang apabila jauh dari epicenter dan kekuatan gegaran gempa bumi juga akan semakin lemah..)

Gempa Bumi mempunyai banyak kategori,antaranya ;
*Rajah kategori dan nilai anggaran Gempa bumi
Sumber; Earth Exploration Toolbook @ USGS





Gegaran gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya tsunami, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa..Di bawah ini adalah gambar/rajah tambahan yang berkaitan kejadian gempa bumi..
Gambaran kawasan gegaran 
gambaran kerak bumi

pergerakan plat tektonik

1 ulasan: