Mengikut United States Geological Survey (USGS), pada setiap hari berlaku lebih kurang
1000 Gegaran Kecil atau satu kali dalam setiap 87 saat ..Gegaran ini mungkin tidak dapat dirasai
kerana gelombang yang dihasilkan adalah sangat kecil...
Untuk pengetahuan anda Gempa Bumi berlaku akibat daripada pelepasan tenaga dari dalam bumi secara tiba-tiba..(Pelepasan tenaga berlaku adalah disebabkan berlaku pergerakan plat-plat tektonik (lihat video dibawah) . Plat tektonik yang bergerak akan melepaskan tenaga 'yang tersimpan' secara tiba-tiba, kemudian menggegarkan lapisan kerak bumi. Gegaran ini menghasilkan gelombang seismik,yang berbentuk bulatan bermula dari epicenter / pusat gempa kemudian membesar ke semua arah. Gelombang ini akan berkurang apabila jauh dari epicenter dan kekuatan gegaran gempa bumi juga akan semakin lemah..)
Gempa Bumi mempunyai banyak kategori,antaranya ;
![]() |
*Rajah kategori dan nilai anggaran Gempa bumi Sumber; Earth Exploration Toolbook @ USGS |
Gegaran gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya tsunami, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa..Di bawah ini adalah gambar/rajah tambahan yang berkaitan kejadian gempa bumi..
![]() |
Gambaran kawasan gegaran |
![]() |
gambaran kerak bumi |
pergerakan plat tektonik
1000 gegaran kecil pd setiap hari..huhu
BalasPadam