Sabtu, 5 Oktober 2013
Syurga dan Sahabat mukmin
Bismillah~...
Kali nii saya nak kongsi tentang syurga dan sahabat mukmin..Dalam kita mencari banyak sahabat tidak kira secara formal atau tidak formal terutamanya dilaman sosial...kita perlulah pandai memilih rakan dan tidak hanya memikirkan untuk dptkn followers yg banyak ja.. k !Bailak disini ada beberapa riwayat berkaitan sahabat mukmin yang akan membawa kita ke Syurga...
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka bertemu sahabat-sahabat yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah : " Yaa Rabb... Kami tidak melihat sahabatkami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami. " Maka Allah berfirman : "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az- Zuhd"). Al- Hasan Al-Basir berkata : "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu,kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis : " Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku : "Wahai Rabb Kami... Hamba -Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU...Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
Sahabat ku ..mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah.. Agar aku dapat bersertamu kelak di Syurga dan Redha-Nya..
Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu..Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu.. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak... Oleh itu.. Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga dan jalan-jalan kebaikan.
copy by @addinsha
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan