Blog Saya
Keterangan yang nyata tentang blooger kini.
Daripada pandangan saya kebanyakkan blogger-blogger tidak lagi seaktif dahulu..mungkin disebabkan munculnya banyak laman-laman sosial bagai "cendawan tumbuh selepas hujan"..terlalu banyak. Tapi ini hanya pandang daripada saya yang setahun jagung baru didalam aplikasi blog ni..hee
Ingat lagi dulu, pertama sekali saya terlibat dalam blogger nii adalah disebabkan untuk mengikuti pertandingan blogger yang dianjurkan pihak ICT sekolah..heehee
walaupun pada mulanya kekok dengan aplikasi ini tapi tetap juga mencuba..sebab masa tu rasa aplikasi nii best sangat dan ramai orang yang menggunakkannya..terutama sekali remaja..yeahh hehe
Tapi setelah beberapa tahun berlalu..*konon..kini ramai para blogger tidak aktif..termasuklah saya.
Saya tidak aktif blog, salah satunya adalah kerana otak hamba nii tidak tahu mahu tulis berkaitan apa..tambahan pula kebanyakkan perkara yang hamba ingin tulis sudah ada di blog-blog yang lain. Seterusnya, oleh kerana follower hamba pun tidak seramai yang lain dan tidak seaktif yang lain menyebabkan diri hamba rasa seperti melalut dientri sendiri.. -.-!
Lebihpun tidak elok melakukan pekara yang tidak bermanfaat dengan menulis perkara-perkara yang tidak berfaedah..
Baiklah bagi menggelak lalutan yang tidak berfaedah itu, hamba menggunakan aplikasi blog ini untuk memotivasikan diri atau muhasabah..
Ilmu yang kita kongsi itu kita jadikan sebagai buku rujukkan kita dalam kehidupan ini. Selain itu, sebagai muslim kita juga digesah untuk sering mencatat ilmu-ilmu yang kita perolehi, malah kita juga boleh mencatat perkara yang baik atau buruk terjadi pada hidup kita. Hal ini adalah penting untuk memuhasabahkan diri kita dan lebih proaktif. Oleh itu catatlah perkara yang dapat memperbaiki diri kerana jika hanya diingat dalam fikiran, fikiran boleh lupa tetapi jika ditulis besar kemungkinan kita boleh membacanya balik serta menjadikannya pengajaran.
Berpetik daripada blog yang pernah saya baca,
"Ilmu itu umpama binatang buruan, tulisan itu laksana ikatan, maka ikatlah binatang buruan itu dengan sekuat-kuatnya agar ia tidak dapat lari".
The moral of story is, whatever we do, just do it and make sure it beneficial.
.
wallahu alam bi'shawab